Tuesday, February 23, 2010

PETUA KECANTIKAN UNTUK LELAKI DAN PEREMPUAN

**Minum banyak air. Bukan air coke atau yang berwarna tetapi air suam atau mineral kerana ia membantu pembuangan toksin badan dan dapat menjaga kesihatan kulit serta membakar kalori.

**Jangan asyik berjaga waktu malam kerana tidur yang secukupnya akan membantu mengurangkan kesan penuaan.

**Elakkan stress ... stress mempercepatkan penuaan. Oleh itu jangan stress selalu sebaliknya senyum. Senyum dan ketawa kerana ia membantu melambatkan kesan penuaan dan ia juga baik untuk keseluruhan kesihatan.

**Nikmatilah muzik lembut dikamar bagi mereda ketegangan atau manjakan diri dengan mandian wangian dari pelbagai bunga kerana bunga mempunyai aura tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.

**Untuk mengekalkan kecantikan wajah yang sentiasa berseri-seri amalkan surah Yusof setiap malam. Bagi diri saya, saya mengamalkan ayat dari surah Yusof ini setiap kali mencuci muka dan berdandan.

**Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Minum air suam atau air mineral. Kumur-kumur sebentar dan minum air tersebut. Urut wajah dengan air dari dagu hingga ke atas dahi diiringi Selawat 3x (lebih lagi bagus), amalkan setiap hari urutan ini.

**Don’t worry, be happy ... anggap diri sentiasa hebat dan cantik kerana jika kita yakin dengan diri sendiri tentu penampilan pun cantik dalaman dan luaran.

**Ketawa penghibur duka ... ketawalah apabila bergurau senda dengan famili atau kawan. Jangan selalu moody atau muka masam kerana ia menambahkan kedutan di muka. Namun janganlah ketawa yang berlebihan dan boleh mendatangkan fitnah dan dosa.

PETUA PENJAGAAN KULIT DENGAN JUS SAYUR-SAYURAN DAN HERBA

PAKAR-PAKAR herba menyifatkan sebilangan petua membersih kulit wajah dengan menggunakan jus sayur sayuran dan herba:

PETUA PERTAMA; jus timun dan minyak badam manis.

Kadarnya;

Didihkan 500 gram timun yang telah dipotongkan-potong dalam satu liter air selama 15 minit kemudian hancurkan dan tambahkan kepada 50 gram minyak badam manis.

Cara penggunaan;

Basuh kulit wajah dengan menggunakan sepotong kapas yang ditukar secara berterusan sehingga wajah bersih sepenuhnya.



PETUA KEDUA; jus timun dan jus lobak merah segar.

Kadarnya:

Kisar atau perah dengan pemerah sayur-sayuran 500 gram timun dan 500 gram lobak merah segar kemudian campurkan hingga sebati.

Cara penggunaan;

Gunakan sepotong kapas yang dibasahi dengan campuran tersebut dan bersihkan wajah anda dari kesan-kesan mekap dan debu sehingga selesai amaliah pembersihan



PETUA KETIGA; jus timun segar yang dicampur dengan telur

Kadarnya;

Kisar 500 gram timun segar dicampurkan dengan putih telur yang telah dikacau kemudian digaul hingga sebati.

Cara penggunaan:

Gunakan sepotong kapas yang dibasahi dengan jus tersebut dan bersihkan wajah anda dengan menukar kapas secara berterusan sehingga selesai amaliah pembersihan.



HARI KEEMPAT; larutan kubis bagi kulit berlemak.

Kadarnya;

Untuk membersihkan kulit berlemak boleh menggunakan larutan air kubis dengan memotong-motong kecil sekitar 150 gram kubis lalu direndam dalam air mendidih selama setengah jam

Cara penggunaan;

Blender kubis ini bersama air larutannya kemudian sapukan pada wajah dengan menggunakan sepotong kapas yang ditukar secara berterusan sehingga kulit wajah bersih sepenuhnya.

KECANTIKAN SEMULAJADI

TAHUKAH anda wahai saudari wanita tetang kecantikan semulajadi yang kami serukan kepadanya untuk perolehi jauh dari bahan-bahan kecantikan kimia...........

Wanita hendaklah mempercayai bahawa menggunakan alat-alat kecantikan semulajadi ialah termasuk penjagaan asas bagi kecantikan semulajadi wanita, sebagaimana menjaga setiap bahagian dari wajah dan tubuh ialah langkah yang sangat penting untuk memperolehi kecantikan semulajadi. Penjagaan yang baik bagi kesihatan dalaman wanita ialah kunci utama bagi kecantikan semulajadi wanita sebelum penjagaan kulit atas peringkat luaran; kerana kulit memantulkan keadaan kesihatan tisu-tisu dalaman dan anggota-anggota tubuh yang berbeza-beza. Oleh itu penjagaan kesihatan wanita, keselamatan anggota-anggota dan tisu-tisunya adalah jaminan yang lebih baik bagi kecantikan wanita, kerana kesihatan yang baik memantulkan keadaan dari keseimbangan, kesegaran,keceriaan dan kelembutan wajah wanita yang dihasilkan oleh kecantikan semulajadi yang diharapkan.

Kesihatan kejiwaan bagi wanita juga memainkan peranan penting dalam kecantikan semulajadi wanita. Wanita yang mempunyai kejiwaan stabil dia boleh memperolehi kecantikan semulajadi wanita. Wanita yang mempunyai kejiwaan stabil dia boleh memperolehi kecantikan semulajadi dengan mudah di samping perasaan-perasaan indah yang memenuhi jiwanya lalu memantulkannya atas bentuk luaran.

Pakar jiwa dan sosial menegaskan bahawa wanita boleh memperolehi kecantikan semulajadi dengan mudah ketika jiwanya stabil jauh dari keroncongan dan kebimbangan, ketika dia merasakan perasaan baik dan indah, ketika memiliki fikiran yang jernih dan merasakan tujuan yang agung.Secara ringkasnya boleh dikatakan bahawa wanita mampu memperolehi kecantikan semulajadi mudah ketika dia menikmati kesihatan dari sudut jasmani, kejiwaan dan kerohanian.



pesanan