Thursday, March 25, 2010

BIBIR YANG LEBIH CANTIK

BIBIR YANG LEBIH CANTIK

BIBIR  wanita menampakkan bentuk yang lebih penting bagi personalitinya melalui senyuman dan ia adalah sumber asas dari sumber-sumber kelazatan dan ekspresi.
        Bibir menghendaki perhatian yang amat khas memandang kerana struktur psikologinya berbeza dengan bahagian-bahagian wajah yang lain kerana kawasan kulit sekitar mulut mempunyai otot-otot bulat, sebagaimanapun kulit bibir tersusun dari empat lapisan sahaja sementara bahagian-bahagaian lain dari kulit wajah tersusun sekitar lima belas lapisan.
        Oleh itu maka bibir adalah kawasan sensitif tipis dan terdedah dengan lingkungan luar serta amat memelukan penjagaan khas, kelembapan dan pemberian minyak untuk melindunginya dari kekeringan dan pecah-pecah.
        Bibir mengalami kekeringan dan pecah-pecah natijah dari kekurangan sebahagian unsur-unsur pemakanan atau ditimpa kesejukan. Terdedah dengan cuaca yang sangat sejuk atau kesan dari sebahagian bahan-bahan yang wujud pada lipstick, sebagaimana merokok boleh menyebakan kekeringan bibir dan pecah-pecah.
        Wanita boleh menghindari kekeringan bibir atau pecah-pecah dengan menjaga bibir dari terdedah dengan sinar matahari dengan meletakkan satu balsam semulajadi dan semasa membeli lipstick hendaklah memastikan ia mengandungi bahan-bahan semulajadi yang berkualiti tinggi dan mempunyai keefektifan serta ia sesuai dengan warna kulit, mata, rambut dan warna pakaian yang akan dipakainya.
        Lipstik itu wajib mengandungi minyak mawar untuk mengubati pecah-pecah bibir dan hendaklah kaya dengan vitamin E yang diiktibarkan pelindung semulajadi dan anti oksida, dan vitamin A yang mengubati pecah-pecah dalam tisu-tisu kulit.
        Jenis balsam yang lebih baik disunakan untuk kecantikan bibir ialah yang diperbuat dari minyak tumbuh-tumbuhan seperti minyak zaitun, minyak bijan, minyak jujube, minyak kelapa, minyak badam, dan minyak kastor, kerana minyak-minyak semulajadi ini melembabkan bibir dan member pamakanan padanya.
        Diutamakan agar bahan-bahan pewarna yang digunakan pada lipstick atau balsam di ambil dari bahan-bahan semulajadi seperti sugar beet, lobak merah, red beet. Strawberi dan sebagainya. Untuk memeberikan kilauan pada bibir siutamakan menggunakan lipstick dan balsam yang diperbuat dari lilin lebah dan lemak-lemak dari pecahan minyak koko.



Mencantikkan bibir dengan balsam semulajadi:
      Menggunakan balsam bibir diiktibarkan sangat penting untuk menjaga kelembapan bibir dan menjadikannya cantik dengan syarat menggunakan balsam bibir yang mengandungi bahan-bahan pelembab semulajadi yang dikeluarkan dari tumbuh-tumbuhan eloe, biji soya, minyak badam, minyak jujube ditambahkan dengan bahan-bahan pemakanan lain seperti vitamin E, bunga purbanegara, herba qadia john, ditambahkan dengan lilin lebah dan lilin karanoya.
       
Mencantikkan bibir dengan lipstick (pemerah bibir)
      Memilih lipstick yang sesuai dengan jenis kulit bibir anda(kering, pecah-pecah, lembab) dan dengan warna semulajadi baginya, dan yang mengekalkan kelembaban bibir anda dan juga melindungi dari cuaca, dengan syarat pemilihan ini terbatas pada jenis-jenis yang mengandungi minyak-minyak semualajadi dan warna-warna yang diambil dari sumber-sumber semulajadi.
        Untuk meletakkan lipstick mulailah dari pertengahan bibir atas dan arahkan lipstick itu kedua sudut, dan bibir bawah dimulai dari sudut mengarah kepertengahan bibir bawah.

        Jika bibir anda sangat kering dan pecah-pecah gunakan perlindungan bibir dengan vitamin E dan selainnya dari bahan-bahan semulajadi yang digunakan untuk melembabkan bibir kemudian setelah itu diletakkan lipstick

        Ketahuilah wahai saudari wanita bahawasanya ketika anda memilih lipstick pilihlah warna yang sesuai dengan warna kulit, mata dan rambut anda serta hendaklah menyesuaikannya dengan pakaian yang anda akan pakai dan mewarnai kuku anda dengan warna yang sama.

        Setiap wanita wajib menjauhi dari menggunakan lipstick yang digunakan orang lain atau lipstick yang digunakan di kedai-kedai mekap untuk menjauhi bacteria-bakteria dari wanita-wanita lain.
        

Wednesday, March 10, 2010

KECANTIKAN WAJAH SEMULAJADI DALAM MASA 7 HARI

MAMPUKAH wanita dalam tempoh tujuh hari sahaja menukarkan sama sekali alat-alat kosmetik kimia yang beraneka warna dengan sebab kecantikan semulajadi yang bersandar atas pemakanan, jus buah-buahan. sayur-sayuran dan herba?

Sudah tentu setiap wanita mampu melakukan perubahan penting ini yang akan memberi kesan positif atas kecantikan, vitalitis dan keceriaan wajahnya dengan syarat hendaklah dia mempunyai pengetahuan betul tentang sebab -sebab yang wajib dipatuhi.

Saya ingin berkongsi langkah-langkah asas bagi program harian efektif bagi penjagaan kulit wajah dan selama tujuh hari sahaja wanita mampu mengembalikan kecantikan semulajadinya, untuk menjamin kulit yang sihat muda cantik dan ceria. Untuk penjagaan ini di sini terdapat langkah asas yang wajib diikuti wanita untuk kecantikan wajah semulajadi.

LANGKAH PERTAMA:
Membersihkan kulit dua kali setiap hari (pagi dan petang)

LANGKAH KEDUA:
Melembutkan kulit dua kali setiap hari ( pagi dan petang)

LANGKAH KETIGA:
Mengupas kulit atau membuang sel-sel mati dari permukaan kulit dan ini dilakukan sekali atau dua kali dalam satu minggu.

LANGKAH KEEMPAT:
Menggerakkan kulit atau menggosok wajah dengan mengurut yang dilakukan sekurang-kurang sekali dan satu minggu.

LANGKAH KELIMA:
Penjagaan pusingan bagi kulit dengan menggunakan masker-masker semulajadi.Ini dilakukan sekali atau dua kali dalam satu minggu.

LANGKAH KEENAM:
Melindungi kulit dari matahariatau cuaca yang tidak stabil.

LANGKAH KETUJUH:
Meletakkan mekap semulajadi( krim balsam, mekap mata,gincu) yang dilakukan setelah selesai langkah-langkah asas bagi penjagaan kulit dan hanya jiwa wanita menginginkan yang demikian.


PERTAMA: Membersihkan kulit dengan bahan-bahan semulajadi;

- Menghilangkan mekap

- Membasuh wajah

Menghilangkan mekap dengan pembersih semulajadi dan amaliah pembuangan mekap dimulai dengan meletakkan sedikit pembersih mekap semulajadi pada sepotong kapas kemudian dihilangkan mekap itu dengan lembut khasnya mekap yang ada pada mata, krim asas dan gincu.

pesanan