Wednesday, March 10, 2010

KECANTIKAN WAJAH SEMULAJADI DALAM MASA 7 HARI

MAMPUKAH wanita dalam tempoh tujuh hari sahaja menukarkan sama sekali alat-alat kosmetik kimia yang beraneka warna dengan sebab kecantikan semulajadi yang bersandar atas pemakanan, jus buah-buahan. sayur-sayuran dan herba?

Sudah tentu setiap wanita mampu melakukan perubahan penting ini yang akan memberi kesan positif atas kecantikan, vitalitis dan keceriaan wajahnya dengan syarat hendaklah dia mempunyai pengetahuan betul tentang sebab -sebab yang wajib dipatuhi.

Saya ingin berkongsi langkah-langkah asas bagi program harian efektif bagi penjagaan kulit wajah dan selama tujuh hari sahaja wanita mampu mengembalikan kecantikan semulajadinya, untuk menjamin kulit yang sihat muda cantik dan ceria. Untuk penjagaan ini di sini terdapat langkah asas yang wajib diikuti wanita untuk kecantikan wajah semulajadi.

LANGKAH PERTAMA:
Membersihkan kulit dua kali setiap hari (pagi dan petang)

LANGKAH KEDUA:
Melembutkan kulit dua kali setiap hari ( pagi dan petang)

LANGKAH KETIGA:
Mengupas kulit atau membuang sel-sel mati dari permukaan kulit dan ini dilakukan sekali atau dua kali dalam satu minggu.

LANGKAH KEEMPAT:
Menggerakkan kulit atau menggosok wajah dengan mengurut yang dilakukan sekurang-kurang sekali dan satu minggu.

LANGKAH KELIMA:
Penjagaan pusingan bagi kulit dengan menggunakan masker-masker semulajadi.Ini dilakukan sekali atau dua kali dalam satu minggu.

LANGKAH KEENAM:
Melindungi kulit dari matahariatau cuaca yang tidak stabil.

LANGKAH KETUJUH:
Meletakkan mekap semulajadi( krim balsam, mekap mata,gincu) yang dilakukan setelah selesai langkah-langkah asas bagi penjagaan kulit dan hanya jiwa wanita menginginkan yang demikian.


PERTAMA: Membersihkan kulit dengan bahan-bahan semulajadi;

- Menghilangkan mekap

- Membasuh wajah

Menghilangkan mekap dengan pembersih semulajadi dan amaliah pembuangan mekap dimulai dengan meletakkan sedikit pembersih mekap semulajadi pada sepotong kapas kemudian dihilangkan mekap itu dengan lembut khasnya mekap yang ada pada mata, krim asas dan gincu.

pesanan